Peringatan: kutukan yang ada dibawah hanya untuk orang yang terlibat sahaja. Bukan untuk semua ahli E***n. Sebab aku tahu, memang ada ahli E****n yang ikhlas, rendah diri dan beretika.
Seriously, semalam memang aku buat aktiviti buang masa. Huh! Tapi disebabkan nak tengok Faizal Tahir, aku tabahkan jugak hati.
Cerita bermula macam ni. Semalam, aku terasa bosan di rumah sewa. Balik umah mak, best nih. Bisik hati kecilku. Lantas aku semes adik aku. “Petang ni aku balik”. Yer lar..kang kalau aku tak semes, dibuatnya family aku takder kat umah, tak ke haru jadinya.
Tetiba adik aku call:
Adik aku: “Weh..ko balik petang ni, nak ikut kitorang gi konsert Faizal Tahir ke? Kitorang gerak lepas Asar.”
Aku: “WTH!! mana ko dapat tiket? Apsal aku tataw? “
Adik aku: “Mak dapat tiket free. Ko call mak. Mana tau ada tiket spare untuk ko.”
Dengan pantas aku call mak aku. Setelah cerita lebih kurang, mak aku kata ada tiket spare. Jap lagi ayah datang, amik aku. Wah! Wah! Wah!. Manja betul. Nak balik umah family pun, ayah amik. Keji..keji. Hahahaha.
So, lepas Asar, terus gerak. Konsert kat Bukit Jalil jer. Otw aku gi Bukit Jalil, mak aku bilang ni konsert yang ditaja oleh E***n, company Multi Level Marketing yang mak aku join. Alamak! Macam ada yang tak kena jer ni. Takper..aku nak tengok Faizal Tahir jer. Agenda lain, jangan layan. Aku cuba memotivasi diri sendiri.
Sampai sana, kul 5.30. Nak tahu Faizal tahir perform kul baper? 11.45 malam ok. He sang 3 songs only. Just 3 songs. I wasted 6 hours just to watch him sing 3 songs. Memang aku terasa hangin .. rupa-rupanya, konsert faizal Tahir tu untuk acara penutup jer. Start from 5.30pm until 11.30pm adalah acara perarakan naik turun pentas untuk ahli MLM yang dah kaya raya and untuk bagi anugerah kat diorang jer. Haih…bosan aku . Bosan!! Ekceli, kul 8.30, aku ngan adik aku dah menggeletis nak balik. Tapi, mak aku tak mo balik. Huhuhu.
Yang buat aku tambah meluat, ada sorang pompuan Melayu ni yang dah kaya raya sejak join MLM ni dijemput untuk share kejayaan dia kat atas pentas. Ko..kalau nak share kejayaan ko, tak riak boleh tak? Beliau sangat riak ok..riak! Income sebulan 50k. Fine! Siap bangga kata zakat memang bayar. Ulang lapan kali. Woi! Zakat tu ibadat. Yang ko ungkit apahal.?? Solat 5 kali sehari, ko tak ungkit pulak.. Sengal!
Tu belum kira dia bangga mengatakan, sebulan dia mampu bagi mak ayah dia Rm2k sebulan. Tak pernah miss! Woi!! Mana pahalanya kalau ko ungkit macam ni. Tak leh ke ko kata sekarang ko mampu buat mak bapak ko senang, tanpa perlu bagitau baper juta ko bagi kat parents ko. Yang cina-cina lain atas pentas tu pun, just bagitau sekarang mak ayah dia hidup senang. Ko tu Islam…yang ko ungkit ni apahal. Sengal lar. Income ko 50 ghibu sebulan, ko bagi 2 ghibu sebulan kat mak ayah pun nak riak??? Lainlar ko bagi 10 ghibu. Tu baru leh wat aku kagum. But now, aku meluat.
Orang lain pun ada yang bagi 2,3 ribu sebulan kat mak ayah diorang. Tapi tak riak macam ni lar. Bila aku kutuk pompuan tu, orang yang dok belakang aku tak puas hati ngan aku. Aku sound balik, yang terasa ni apahal?? Terus diam. Lihat gambar dibawah. Sila fokus kat orang di belakang. Aku tak censor.

Bila time Ning Baizura perform, leh pulak diorang kata:
” Hanya E***n (nama company MLM tu) jer yang mampu bayar Ning. Konsert luar biasa nih!!. Orang lain tak mampu wei!!!” Ulang lapan kali.
WTH!!! NI baru keluar hutan ke? Tak pernah tengok show ke apa ni?. Lepas tu.. asyik ulang diorang jer mampu wat konsert besar macam ni. Diorang paling hebat . Diorang luar biasa kaya. Bla bla bla. Eee.. meluat.
Tu belum kira, time perarakan, guna tangga bergerak dihias dengan lampu kelap kelip, orang belakang aku jerit-jerit:
“E***n jer yang mampu buat macam ni. Luar Biasa. Luar Biasa!” Ulang banyak kali lagi. Apa hal ni? Confirm katak bawah tempurung.
Banyak lagi lar statement bodoh yang aku rasa sakit hati nak ulang. Tapi lebiy kurang macam ni lar ayat diorang : Hanya E****n jer mampu buat semua tu. Leh panggil artis. Orang lain tak mampu. Sajer cakap jerit-jerit. Nak bagi aku dengar.
Ntah apa-apa. E***n amik ahli yang macam ni ke? Kesian. Takder tatasusila and takder sifat rendah diri. Tak keluar dari kepompong. Tak pernah terpikir ke..ada orang lain yang lagi hebat, tapi bersifat humble. Macam Tan Sri Syed Mukhtar al Bukhari. Beliau memang kaya raya. Mak ayah dia hidup senang. .. And aku yakin, beliau bersedekah dan buat amal jariah. Tapi pernah ke ko tengok dia naik pentas, bercerita tentang kekayaan dia?? Beliau tak buat perkara tak berfaedah macama tu. Ramai lagi tokoh Melayu macam ni. Ni baru layak orang respect.
Apa-apa pun..aku tetap puas hati sebab dapat tengok Faizal Tahir perform dari dekat. Ini adalah kerana, tanpa segan silu aku terus gi dok depan. Lantas terjerit-jerit macam orang gila. Adik aku terkagum tengok aku. Orang sebelah takut tengok aku. Hahahahaha. Memang puas dapat jerit-jerit. Yang pasti..aku dan Faizal Tahir dapat bertentang mata malam tu. Auwww.
Below are some of the pictures:



Gambar kurang best sebab aku snap guna hanpon jer. 3.2 MP jer. But ekceli, I’m standing really close to the stage. Dekat sangat. Adik aku dapat salam Faizal Tahir. Aku tak dapat. Tsk!
Recent Comments